0

Title : When Breath Becomes Air

Another book finished this week.

Another chapter for me, as a doctor and a human being and a mother.

Kematian itu pasti, tetapi sebagai seorang doktor akak mesti berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit akak.

Image result for when breath becomes air

Buku ni adalah buku bukan cereka (read : non fiction) yang jarang-jarang sangat akak baca. Cerita non fiction ni memang jarang sangat dalam senarai bacaan akak, kecuali yang berkaitan dengan perubatan macam keluaran Malaysia siri Diagnosis – mungkin lepas ni akak boleh buat review pasal siri ni, mungkin lepas ni.

Buku ni ditulis oleh seorang doktor pakar pembedahan saraf, seorang saintis, seorang pemegang sarjana sastera sebelum dia terjun dalam bidang perubatan. Dia berusia dalam 30-an sebelum dia meninggal dunia sebab kanser paru-paru. Tengok, doktor pun tidak kebal dengan penyakit jadi bukanlah jadi seorang doktor memang kena sihat sepanjang masa, kami pun ada je yang MC.

Cerita ni start dengan bila dia disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru, dan saat ni memang dia terima berita tu dengan isteri dia. Semuanya dari awal dia dengar dan dia tengok sendiri MRI dan CT scan yang sebagai salah seorang doktor, memang kena tahu macam mana nak baca.

Jadi, dia sebagai seorang doktor terpaksa menjadi seorang pesakit dalam sekelip mata. Bayangkan betapa dia cuba untuk menjadikan dia pesakit, untuk membiasakan diri dengan keadaan sakit yang bila-bila sahaja boleh datang menyerang. Sebagai seseorang yang sudah biasa dengan keadaan hospital, dia bagitahu yang hospital tu memang tidak menakutkan, tetapi perspektif untuk dia meninggalkan dunia itu yang menakutkan. Dia tahu prognosis penyakit yang dialaminya, prognosis : masa depan, dan secara langsung dan secara tidak langsung dia sendiri cuba untuk meramal berapa banyak masa lagi yang dia ada.

Dia cerita juga macam mana pada awalnya dia terlalu taksub dengan idea kehidupan dan bagaimana kita sebagai manusia mengawal kehidupan, bagaimana kematian boleh mengawal seseorang, bagaimana akal fikiran berfungsi etc. Benda-benda yang akak kalau sebaya dia memang tak pernah terfikir pun. Jadi pada awalnya dia cerita yang dia memang sangat berminat dengan sastera, siap dah ambik master lepas tu dia rasa tak puas hati sebab dia tak dapat nak kaitkan kehidupan, akal fikiran dan kematian dengan apa yang dia belajar bila dia ambik sastera. Jadi, dia pun buatlah keputusan untuk jadi doktor, dan seterusnya jadi pakar bedah saraf – which is saying something, as neurosurgeon is something.

Bagi akak sendiri, akak tabik respek dengan sesiapa yang sangat berminat dengan bidang neurologi ni. Neurologi ni adalah ilmu perubatan mengenai sistem saraf, dan sangat rumit (bagi akakla), lagi-lagi neurosurgeon (pakar bedah saraf) yang bukak kepala orang nak bedah otak semua. Tapi dulu pensyarah akak bagitahu kalau dapat the gist of it, memang sangat senang neuro ni sebab semuanya dah memang straightforward tak macam bahagian badan manusia yang lain.

Tapi still akak tak berani, yo.

Gaya bahasa : sangat-sangat artistik, sangat kompleks. Bagi akak yang biasa dengan gaya bahasa yang lebih mudah setiap perkataan tu terlalu grande bagi akak dan banyak kali jugak akak rasa macam nak putus asa je. Tetapi disebabkan cerita dan konsep yang diketengahkan oleh Paul Kalinithi ni, jadi terpaksala teruskan je. Lagipun novel dia nipis sangat, dan bagi sesiapa yang rasa malas nak membaca pun rasanya boleh habiskan buku ni. Dia banyak pakai perkataan-perkataan grande ni sebab dia belajar sastera dan sudah terbiasa dengan buku-buku sasterawan-sasterawan gemilang zaman dulu yang buku-buku depa tebal sejengkal tu. Jadi takda masalah dengan tu.

Sepanjang baca buku ni, akak ada terfikir jugak yang dia ni hisap rokok ke yang dia kena kanser paru-paru? Tapi dia tak bagitau pun. Dia cerita struggle dia untuk tinggalkan Lucy, bini dia dan lepas tu ambik keputusan untuk tinggalkan waris, seorang anak perempuan nama Cady – ada nama panjang dia tapi ingat itu je.

Berbaloi baca buku ni kalau korang nak tahu apa yang dirasai oleh seseorang yang ada terminal illness dan tahu yang dia akan hidup tak lama dah. Bagi akak sendiri dengan gaya bahasa yang rumit macam tu ada sikit la kebosanan dalam bacanya tapi akak appreciate apa yang dia cuba sampaikan. Bukan yang mati itu tidak hidup di dalam diri orang yang dia tinggalkan tetapi takut yang hidup itu sebenarnya dah lama mati dalam hidup orang yang mengenalinya.

Amboi.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/7c/fd/0c/7cfd0cf2908d190e85aa87556815d84e.gif

Advertisements