0

PHD

Penyakit hasad dengki atau nama pendeknya PHD ni memang salah satu ciri-ciri yang selalu dikaitkan dengan Melayu.

Akak pernah, biasanya atau akan terjebak dengan PHD ni. Akak ni hanyalah manusia biasa yang ada hati dan perasaan, cumanya bila akak ada PHD ni pada seseorang, takdelah akak nak canang-canangkan kat orang yang dia ni buruk ke ape ke, just simpan dalam hati sampailah dah beberapa lama akak simpan barulah akak cerita kat orang. Itupun pada husband akak, dan beberapa orang best friend. Itupun diorang tak ambik port sangat sebab benda PHD ni perkara biasa.

Siapa yang tak pernah rasa cemburu? Cuba habaq mai kat akak sat biar akak cari kat dia dan interrogate dia sampailah dia tahu apa maksud cemburu tu. Jangan dok tipula kata takda perasaan cemburu pada kesenangan orang, kejayaan seseorang itu namun itu semua hanyalah sebagai batu loncatan supaya kita lebih berusaha untuk jadi orang yang lebih baik. Melayu ni kerja dia dengki je lepas tu pandai pulak dia pergi jatuhkan orang yang dia dengki tu dengan harapan dia pun sama mundur macam dia jugak. Sebab tulah susah sikit orang Melayu ni nak maju.

Akak punya cerita dengan PHD ni sebenarnya dah start lama, dan mula-mula tu akak tak ambil port sangat sebab ingatkan ini hanyalah perasaan biasa yang ada pada seorang remaja.

Image result for jealous teenagers

emphasize gitu

Akak memang best friend dengan dia sejak kecil lagi. Sekolah menengah kami beza tapi kami waktu tu sentiasa telefon each other (waktu tu pakai telefon rumah je yang wayar panjang panjang tu-budak-budak apa tau) untuk tahu perkembangan masing-masing. Semua exam PMR dan SPM kami skor dengan baiknya, cuma time SPM akak dapat 10A (phewitt) dan dia dapat dalam 8 ke 9A entah, akak pun tak ingat. Cumanya dia apply nak jadi cikgu, dan akak apply medic course, as expected. Kedua-dua kami dapat apa yang kami nak.

Lepas tu habislah kami punya pre university punya belajar. Nak dijadikan cerita dia memang diterima masuk dalam program teaching – dan akan ada certain semester yang dia akan ke oversea, tak ingat Australia ke New Zealand, sedangkan waktu tu akak dapat tawaran untuk study perubatan di Indonesia.

Start sini, akak dah rasa ada feelings stuck dalam hati.

Akak tak dapat nak gambarkan apa yang akak rasa waktu tu sebab dah lama sangat tapi akak rasa mula dari situ akak rasa macam inferior sikit sebab akak dapat ke Indonesia je banding dia yang dapat sampai ke New Zealand/Aussie. Akak keluar beraya dengan dia pun semua orang macam bangga dengan dia yang dapat pergi negara omputih berbanding akak yang hanya pergi ke Nusantara. Semua orang bagitau dia seronoknya dapat ke sana, seronoknya dapat jumpa omputih, boleh rasa 4 musim (huh?) dsb. Sedangkan akak ni yang obviously dapat sambung medic. Like, wth man.

Image result for shrug

Put some random handsome old man here

Anyway, time passed by. Dia jadi cikgu. Akak jadi doktor. But isu tu still berlegar-legar dalam minda akak yang tak berapa nak faham tentang apa yang hebatnya omputih ni sampai kita nak terkejar-kejar dia. Akak belajar kat Indonesia, akak lebih banyak belajar bersyukur dan rasa untunglah kita semua yang duduk kat Malaysia. Bayangkan kalau kita duduk kat negara maju, memanglah kita akan rasa lebih maju lebih gembira, tapi adakah kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada? Balik-balik Malaysia komen kata ini tak elok, itu tak elok, kalau kat Perancis macam ni macam tu, kalau kat Jerman macam ni macam tu semua tau nak condemn je tapi diri sendiri taknak berubah.

Lain kalau kau kena duduk kat Indonesia, baru tahu langit tu tinggi rendah. Tengok diorang semua kena merayu untuk masuk wad, kena carik makan untuk pesakit sendiri (instead kat hospital kita memang makanan disediakan), semaknya wad diorang Masya Allah. Pening kepala hakak ni tauuu

Ok anyway time passed by.

Add facebook.

Ha ni lagi satu medium untuk bagi orang melayu ni PHD sesama sendiri haha.

Akak friend dia, dia friend akak. Tak ingat mana satu dulu tapi tak kisahlah kan.

Akak dok selalu tengok dalam newsfeed dia, macam-macam dia update. Dia ni paling suka dengan husband dia, memang nampak macam dia sangat-sangat manja dengan husband dia. Masak itu masak ini ( dia memang pandai masak, tak macam akak ni haaa), tunjuk purse dia tunjuk husband dia bagi wang belanja kat dia, upload gambar anak dia yang comel (ok, anak dia memang comel), gambar dia dan husband peluk sana, pegang sini, cerita apa yang husband dia buat.

Kemudian akak start rasa perasaan tu kick balik dalam hati akak ni.

Hmm…dah rasa macam PHD dah ni, hati akak sendiri cakap macam tu kat akak. Akak teringatlah beberapa post yang akak baca dalam FB, biarlah orang nak tunjuk dah itu kehidupan dia biarlah dia. Akak pun rasa bersalah sebab rasa macam akak tak patut rasa dengki, tapi akak rasa jugak. Dia tak buat apa salah pun dengan akak, tapi kenapa akak nak kena terasa kan? Kenapa macam akak nak jatuhkan dia dan kata haaa padan muka hang, tulah menunjuk sangat!

Ada weh perasaan tu dalam diri akak ni. Rasa macam Evil Queen sangat. Nasib baik tak buat je, dah tak tahu apa nak buat.

Jadi apa akak buat? Akak muhasabah balik la dengan diri sendiri. Kenapa akak kena dengki dengan dia? Itu life dia. Memanglah sebagai seorang cikgu, students dia memang akan suka tangkap gambar dengan dia, bagi penghargaan semua, dah memang dia cikgu! Students supposed to love their teachers! Kenapa akak kena dengki dengan dia, sedangkan bukannya akak tak kerja? Akak kerja doktor kot, walaupun takdelah nampak depan-depan yang pesakit akak ni sayang akak, tapi adalah jugak sengih tu bila dapat slip ubat (dan especially bila dapat MC!).

Husband dia baik, of course. Bagi dia duit belanja? Memanglah, dah itu tanggungjawab dia. Akak ingat balik, husband akak memang tak bagi duit hulur macam tu, tapi dia tanya.

“Sayang nak apa, sayang? Abang pergi beli. Nanti kita g Aman Central, abang belikan handbag kalau sayang nak,”

“Laaaa pasaipa takmau handbag pulak? Nak pi makan mana, nak makan lagi ka?”

“Kan dah gemuk tu, nak makan apa lagi.”

“Ok lah, sayang nak Chatime mana ni?”

“Roti tu kan dah beli dah tu,”

“Kata tadi nak handbag, masuk kedai handbag buat tak berkenan pulak.”

“Jom masuk kedai kasut, yang.”

“Eh, ada promo pulak. Buy 1 free 1. Abang nak beli kasut ni, sayang pilihlah satu,”

Tak ke pemurah laki akak tu. Dia tahu kalau bagi duit kat akak, alamatnya simpan dalam beg duit je la. Takpun pi beli apa-apa kat mak kat kampung, keluar jalan-jalan Aman Central ke, Jitra Mall ke semua dia belanja. Nak beli tudung dia tunggu luaq la lepas tu dia pi carik benda lain ganti harga tudung tu.

Jadi akak pun tanyalah diri sendiri.

Banding dengan dia, life akak pun boleh tahan hebatnya. Cuma akak malu nak cerita dekat Fb sebab husband akak ni malas nak baca tag kite, kecuali kita buh gambar anak tu.

Jadi, akhir kalam bila adik-adik semua rasa macam ada hasad dengki ke apa, muhasabah diri sendiri. Cermin diri sendiri balik. Akak boleh cerita sebab perasaan hasad dengki ni memang ada pada semua orang, memang syaitan suka sangat nak bagi orang ada perasaan hasad dengki ni sebab itu memang keja depa. Jangan dok pandai ikut. Takda faedah pun. Malah, akan memisahkan hang dengan kawan hang tu, tak ke rugi berkawan lama-lama, habis dakwat pen dok tulis surat ‘pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas’, ‘saya akan jadi kawan awak, tandatangan di sini’, glitter sana glitter sini, tarik rambut, kaler tudung, anak tudung terkeluaq, nangis sana nangis sini, ‘awat cikgu bagi markah banyak kat dia tapi tak bagi kat saya, cikgu tak adil!’, dan banyak lagi.

Image result for surat gaduh budak

Rugi woo… kenangan banyak di situ.

Jadi akak pun jadi orang yang sematang mungkin. Akak mungkin nampak macam budak-budak tapi akak tahu akak orang yang dewasa dan kena berlagak matang biar apa pun yang berlaku.

Nasihat pada adik-adik, hasad dengki tu tak salah, tapi pastikan hasad dengki tu bantu awak-awak semua untuk meluncur ke angkasa bukannya untuk membenam diri ke dalam tanah.

Advertisements