0

Sembelit

Haritu akak cuti, jadi akak pun memang melekat dengan anak 24 jam. Haritu seperti biasa dah lepas makan, akak bagilah dia mandi sendiri. Selalu memang senang kalau nak bagi mandi, sebab Aisy ni selalu letak bawah air paip tu dan dia terus main sendiri. Dulu akak kena isi besen untuk bagi dia mandi, tapi nampaknya dia tak suka nak berendam ni jadi akak pun biarlah dia main sendiri dengan air paip. Selalunya dia main air ni sampai takmau keluar la, tapi hari ni takdan akak nak carik towel dia dah nangis kuat dah.

Akak lari gi amek tuala dia yang ada kat luar bilik sebab nak bawak keluar sambil pujuk dia untuk berhenti nangis, tapi makin kuat pulak dia melalak.

Akak pun peluk dia dengan tuala dan terus nampak yang sebenarnya ada najis kat bontot dia.

Sembelit rupanya.

Dari tadi dok meneran agaknya. Mak dia tak perasan pulak.

Akak pun pujuklah dia letak balik, tapi dia takmau sebab sangat sakit agaknya. Duk melekat. Tuala tu dah kena tukar baru sebab kena najis dia.

Nangis makin kuat ni, akak jadi makin panik pulak. Tapi kena muka tenang kalau tak baby dapat detect.

Luar : “Sayang, sayang, ok na? Mak ada ni, jangan nangis, jangan panik. Mak ada nanti mak tolong Aisy berak ye,”

Dalam : OMG OMG. WTH.

Aisy dah nangis makin kuat. Akak letak tuala atas sinki dan jerit sekuat hati suruh bapak dia ambilkan tuala baru sementara akak nak proses anak ni.

Akak ambik sabun dia, dan lumurkan kat jari tangan. Sebelah tangan lagi akak angkat kaki kiri dia, dan masukkan jari kelingking yang dah licin tu kat dalam bontot anak. Memang rasa ada najis keras ni, susah nak keluar ni, patutlah nangis nak gila. Akak tekan sikit kat luar bontot tu untuk manuver najis tu keluar, dan lepas tu just tunggu anak teran sendiri. Air mata dah menjejeh kat pipi dah, basah habis baju mak dia semua ni.

Sekali keluar satu rantaian najis keluar, tepat duduk elok atas tapak tangan.

Luar : Ok, sayang dah keluar. OK, dah ok dah ni. *sambil buat muka tabah*

Dalam : OMG, he just shat on my palm! The whole lot of it!

Freak out kot akak time tu. Memang selalu handle dah baby sembelit ni, tapi takdalah sampai macam ni. Banyak pulak dia berak lepas tu, jenuh nak mencuci dengan menangis macam ni, dengan strugglenya tapi last-last berjaya juga. Lepas berak terus lena tidur si anak tu.

Anak akak ni memang ada waktu dia sembelit, especially bila dia banyak nenen lagi daripada minum formula. Dulu memang perasan kalau weekend, berak dia keras sikit berbanding bila weekdays sebab dia duduk dengan pengasuh dan minum formula. Sekarang ni dah akak keja shift, macam tak menentu pulak bowel movement dia. Tapi still boleh nampak yang kalau dia banyak ngempeng/nenen akan kurang sikit beraknya.

Anyway, nasihat akak pada mak-mak yang takut kalau ada anak sembelit ni, lepas nampak dia ada sembelit bagi banyak buah dan sayur kat dia. Janji ada serat dalam diet dia. Kalau Aisy dia memang suka makan buah lebih dari nasi lagi, jadi senang nak overcome sembelit dia. Lagi-lagi kalau dia boleh makan betik memang beberapa kalilah kena tukar pampers dia sebab dia akan jadi kerap buang air besar.

papaya

Kalau anak nampak struggle, cuba tolong dia tapi lembut-lembut. Angkat kaki baby sebab boleh tolong compress sikit rasa sakit dia, dan pakai sabun untuk licinkan lubang bontot tu. Memang dia menjerit semua, tapi ini akan bantu dia. Jangan ganas sangat takut nanti berdarah. Takut trauma lubang bontot tu, dan bila dia sakit berak lagilah dia akan tahan berak tu, lagi melaratlah sembelit tu. Takut nanti usus tu tak jalan, lepas tu banyak lagi kes. Pastikan kuku pendek, sebab kuku panjang tak pasal-pasal akan lukakan bontot dia ok.

Bagi minum air, apa-apa jenis pun takpa. Kalau boleh budak-budak ni, bagi minum air masak, air susu pun boleh. Jus buah kalau blend sendiri boleh kurangkan gula sebab gula takut cerita lain pulak.

baby-water

amik anak omputih minum

Kalau sembelit melarat, biarpun selepas semua rawatan rumah dah dibuat jangan malu jangan segan untuk mai hospital. Budak-budak kalau sembelit susah sikit, dan cepat melarat kalau tidak dirawat dari awal.

Advertisements