0

Title : When Breath Becomes Air

Another book finished this week.

Another chapter for me, as a doctor and a human being and a mother.

Kematian itu pasti, tetapi sebagai seorang doktor akak mesti berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit akak.

Image result for when breath becomes air

Buku ni adalah buku bukan cereka (read : non fiction) yang jarang-jarang sangat akak baca. Cerita non fiction ni memang jarang sangat dalam senarai bacaan akak, kecuali yang berkaitan dengan perubatan macam keluaran Malaysia siri Diagnosis – mungkin lepas ni akak boleh buat review pasal siri ni, mungkin lepas ni.

Buku ni ditulis oleh seorang doktor pakar pembedahan saraf, seorang saintis, seorang pemegang sarjana sastera sebelum dia terjun dalam bidang perubatan. Dia berusia dalam 30-an sebelum dia meninggal dunia sebab kanser paru-paru. Tengok, doktor pun tidak kebal dengan penyakit jadi bukanlah jadi seorang doktor memang kena sihat sepanjang masa, kami pun ada je yang MC.

Cerita ni start dengan bila dia disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru, dan saat ni memang dia terima berita tu dengan isteri dia. Semuanya dari awal dia dengar dan dia tengok sendiri MRI dan CT scan yang sebagai salah seorang doktor, memang kena tahu macam mana nak baca.

Jadi, dia sebagai seorang doktor terpaksa menjadi seorang pesakit dalam sekelip mata. Bayangkan betapa dia cuba untuk menjadikan dia pesakit, untuk membiasakan diri dengan keadaan sakit yang bila-bila sahaja boleh datang menyerang. Sebagai seseorang yang sudah biasa dengan keadaan hospital, dia bagitahu yang hospital tu memang tidak menakutkan, tetapi perspektif untuk dia meninggalkan dunia itu yang menakutkan. Dia tahu prognosis penyakit yang dialaminya, prognosis : masa depan, dan secara langsung dan secara tidak langsung dia sendiri cuba untuk meramal berapa banyak masa lagi yang dia ada.

Dia cerita juga macam mana pada awalnya dia terlalu taksub dengan idea kehidupan dan bagaimana kita sebagai manusia mengawal kehidupan, bagaimana kematian boleh mengawal seseorang, bagaimana akal fikiran berfungsi etc. Benda-benda yang akak kalau sebaya dia memang tak pernah terfikir pun. Jadi pada awalnya dia cerita yang dia memang sangat berminat dengan sastera, siap dah ambik master lepas tu dia rasa tak puas hati sebab dia tak dapat nak kaitkan kehidupan, akal fikiran dan kematian dengan apa yang dia belajar bila dia ambik sastera. Jadi, dia pun buatlah keputusan untuk jadi doktor, dan seterusnya jadi pakar bedah saraf – which is saying something, as neurosurgeon is something.

Bagi akak sendiri, akak tabik respek dengan sesiapa yang sangat berminat dengan bidang neurologi ni. Neurologi ni adalah ilmu perubatan mengenai sistem saraf, dan sangat rumit (bagi akakla), lagi-lagi neurosurgeon (pakar bedah saraf) yang bukak kepala orang nak bedah otak semua. Tapi dulu pensyarah akak bagitahu kalau dapat the gist of it, memang sangat senang neuro ni sebab semuanya dah memang straightforward tak macam bahagian badan manusia yang lain.

Tapi still akak tak berani, yo.

Gaya bahasa : sangat-sangat artistik, sangat kompleks. Bagi akak yang biasa dengan gaya bahasa yang lebih mudah setiap perkataan tu terlalu grande bagi akak dan banyak kali jugak akak rasa macam nak putus asa je. Tetapi disebabkan cerita dan konsep yang diketengahkan oleh Paul Kalinithi ni, jadi terpaksala teruskan je. Lagipun novel dia nipis sangat, dan bagi sesiapa yang rasa malas nak membaca pun rasanya boleh habiskan buku ni. Dia banyak pakai perkataan-perkataan grande ni sebab dia belajar sastera dan sudah terbiasa dengan buku-buku sasterawan-sasterawan gemilang zaman dulu yang buku-buku depa tebal sejengkal tu. Jadi takda masalah dengan tu.

Sepanjang baca buku ni, akak ada terfikir jugak yang dia ni hisap rokok ke yang dia kena kanser paru-paru? Tapi dia tak bagitau pun. Dia cerita struggle dia untuk tinggalkan Lucy, bini dia dan lepas tu ambik keputusan untuk tinggalkan waris, seorang anak perempuan nama Cady – ada nama panjang dia tapi ingat itu je.

Berbaloi baca buku ni kalau korang nak tahu apa yang dirasai oleh seseorang yang ada terminal illness dan tahu yang dia akan hidup tak lama dah. Bagi akak sendiri dengan gaya bahasa yang rumit macam tu ada sikit la kebosanan dalam bacanya tapi akak appreciate apa yang dia cuba sampaikan. Bukan yang mati itu tidak hidup di dalam diri orang yang dia tinggalkan tetapi takut yang hidup itu sebenarnya dah lama mati dalam hidup orang yang mengenalinya.

Amboi.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/7c/fd/0c/7cfd0cf2908d190e85aa87556815d84e.gif

Advertisements
0

Big Little Lies

Hari kelima cuti, puas hati. Ambik cuti semata-mata nak berehat, memang betullah nama cuti rehat tu.

So, hari ni akak nak review satu novel namanya Big Little Lies, by Liane Moriarty.

19486412

Cerita ni ditulis oleh Liane Moriarty, sebelum ni ada banyak buku famous macam ‘The Husband’s Secret’. Mulanya akak tak berapa yakin sangat dengan buku ni sebab akak dah baca The Husband’s Secret, dan actually THS tu buat akak punya expectations rendah sikit. Bukan nak kata buku THS tu tak best ke apa, cuma sangkaan akak meleset lepas akak baca buku tu.

Anyway, Big Little Lies memang buku yang mantap.

Pertama, akak nak bagi warning dulu sesiapa yang nak baca buku ni, sebab awal-awalnya macam lambat sangat nak habis buku ni rasa macam dragged on sangat. Tapi, bila dah start sampai part yang best tu, haa amek kau. Akak biasanya baca buku sebelum tidur, or time kerja, or time dalam kereta dengan encik abang. Biasanya bila akak dah ngantuk sangat tu, mulalah nak letak buku kat tepi malas nak baca. Tapi dengan buku ni akak rasa macam nak habiskan baca terus, dan dalam masa yang sama akak taknak habiskan. Faham tak, dilema di situ. Rasa macam ‘aduuuhhh lepas habis baca buku ni apa lagi aku nak buat?’. Haa sampai macam tu sekali perasaan akak pada buku ni, sekaligus tanggapan awal akak pada Liane Moriarty ni.

Okay, apa yang menariknya cerita ni?

Plot : Macam apa yang akak cerita, awalnya memang sangat lambat – bagi akak lah. Akak suka cerita yang fast paced sampai rasa macam nak melompat-lompat. Cerita ni mengisahkan tentang tiga orang ibu budak tadika yang menjadi sahabat masing-masing. Ada tiga watak utama, Jane Chapman, Celeste Wright, dan Madeline Mackenzie. Jalan cerita akan dibahagi-bahagi antara tiga orang wanita ni, dengan anak mereka jadi pelajar tadika yang sama. Start cerita tu dengan pengenalan kepada ketiga-tiga wanita ni, Madeline Mackenzie seorang wanita yang ada anak tiga orang, dan yang bongsulah yang duduk kat tadika tu. Madeline ni seorang yang hardcore sikit, pendirian tegas, garang tetapi baik hati. Dia sentiasa tegakkan kebenaran yang dia tahu dengan caranya sendiri. Anak dia yang duduk kat tadika tu namanya Chloe.

Jane Chapman ni pulak sorang ibu tunggal. Anak dia namanya Ziggy – apparently itu nama sebenar budak tu, tak pernah pulak dinyatakan kalau itu nama timangan atau tidak, tapi dalam cerita tu memang Jane kata itu nama dia. Ziggy hasil anak luar nikah, dan dia ada sebab tersendiri untuk kenapa dia tidak pernah dedahkan siapa bapa sebenar Ziggy, haa jengjeng itulah plot yang buat akak berdebar-debar baca buku ni huhu

Celeste Wright pulak bini orang kaya. Dulu dia keja lawyer, lepas tu dia berhenti sebab nak jaga anak kembar dia. Dua-dua dalam tadika. Celeste ni diceritakan sebagai sangat cantik, tak pakai mekap pun cantik, apa pun dia buat cantik, dahla kaya, cantik, sopan santun pulak tu haa memang calon menantu laa.

Tiga orang wanita ni bertemu dan jadi geng, lepas tu cerita ni start dengan salah seorang budak tadika namanya Amabela, tuduh Ziggy cekik dia. Mak Amabela tu nama dia Renata, jadi dia marahla dekat Ziggy ni kenapa Ziggy ni cekik anak dia? Ziggy cakap bukan dia, tapi Amabela tunjuk yang Ziggy cekik dia. So, kita sebagai pembaca ni mulalah rasa alamak, apa ni awal dah start dengan isu budak-budak. Biasalah tu budak-budak bergaduh kan tapi kenapa buat isu besar sangat ni.

Thus, the big little lies.

Situ pun dia dah bagi hint – alamak, i kasik spoiler kah?

Anyway, selain daripada budak-budak ni gaduh, cerita ni start dengan murder.

Yes, you heard it right, ada murder. First chapter hang selak, dah inspektor tu kata ‘this is murder.’ Time tu hang kena bacala sampai habis nak tau murder apa, siapa yang bunuh, siapa yang dibunuh, apa significance murder ni dengan pergaduhan kecil budak-budak?

Akak ingat macam biasa je cerita ni macam The Husband’s Secret, tapi akak silap yo.

Watak : Perkembangan watak dalam cerita ni best. Bagi akak, boleh faham berbanding bila akak baca The Husband’s Secret dulu. Cerita ni buat hangpa rasa hangpa adalah ahli komuniti ni, yang dok bergosip tentang kawan-kawan hangpa, yang suka sangat dok jaga tepi kain orang.

Madeline ni macam makcik kepoh kat kampung hangpa la…dia marahlah kat Renata ni pasal dok perbesaq isu kecik – macam Ziggy cekik Amabela, tapi Renata still dok pertahan diri sebab dia nak mintak Ziggy ni mintak maaf je, tapi Ziggy takmau sebab bukan dia yang buat. Betul jugak la si Ziggy tu, kalau dia tak salah, kenapa dia nak kena mintak maaf. Nak memburukkan keadaan, Jane pun defend anak dia, kata kalau Ziggy kata dia tak cekik, dia tak cekikla kau dah apahal nak ugut anak aku? Jane ni just nak defend anak dialah, maka jadilah perang dunia ketiga yang dicetuskan oleh Madeline. Madeline ni dia sangat berpengaruh jadi dia pengaruhlah sesiapa yang berkenaan untuk duduk kat side dia. Jadi, dalam cerita ni ada dua side, Renata dengan Madeline. Hangpa boleh pilih nak duduk kat side siapa tapi disebabkan akak ni pembaca dan hanya disajikan dengan point of view Madeline, Jane atau Celeste, jadi akak pun kena duduk di side Madeline. Madeline ni digambarkan sebagai seorang yang sangat ceria, sangat peramah dan kenal semua orang dalam kampung sampai dia boleh buat seseorang itu ikut cakap dia, hanya sebab dia ada bakat untuk bagi orang ikut cakap dia.

Tapi dalam masa yang sama, hangpa dapat tengok yang Madeline ni akan jadi obsesif dengan sesuatu benda kalau dia dah terlibat. Dia ada tiga orang anak, kahwin dua kali dan dengan perkahwinan pertama dia dengan Nathan, dia ada anak nama Abigail. Bekas suami dia tinggalkan dia dengan anak dia time dia baru lepas pantang gitu, dan tiba-tiba je bekas suami dia balik duduk di pekan yang sama, dan dah berkahwin lain. Hangpa dapat rasalah betapa Madeline ni ada perasaan dendam yang masih lagi bersisa tu dan ikut hangpa punya judgment macam mana sebenarnya Madeline ni.

Jane pulak disajikan sebagai seorang yang introvert, dia lebih banyak mendiamkan diri, banyak berfikir, banyak termenung, termanggu-manggu bila orang tanya soalan. Jane ni perahsia sikit, tak banyak cerita tentang diri sendiri, kebanyakan masa yang kita tau pasal Jane ni pun bila Madeline tanya dia sesuatu dan dia akan jawab. Jane ni sangat protective dengan Ziggy- mungkin sebab dia ibu tunggal dan dia hanya ada Ziggy je dalam hidup dia. Nasib baiklah parents dia sangat baik, sangat memahami keadaan dia.

Celeste, watak ketiga yang diperkenalkan dalam cerita ni digambarkan sebagai seseorang yang sangat cantik. Macam dewilah, dia ni suri rumah sepenuh masa dengan dua orang anak lelaki kembar. Kehidupan dia digambarkan sempurna, dengan cantiknya, dengan kayanya, suami dia kaya tapi selalu keluar outstation. Dia biasa dok derma berpuluh-puluh ribu macam beli air kopi je, sebab suami dia kaya sangat. Dia ni memang dah geng dengan Madeline, dan bila Jane berkawan dengan Madeline, dia pun join sekali. Baik dia dengan Jane ni, bukak cerita semua. Celeste ni lebih reserved daripada Jane sebenarnya (pada pendapat akak la) bila kita terus baca novel ni. Celeste ni ada sebab dia jadi pendiam, dia nampak macam perempuan lemah je sedangkan background dia ialah bekas peguam kot.

Gaya Bahasa : Bagi akak, gaya bahasa Liane Moriarty ni sangat menghiburkan, waktu awal-awal akak baca novel dia (TSH) kita rasa teringin sangat nak tau apa jadi akhirnya, ayat-ayat dia benda biasa yang kita selalu jumpa tetapi ada sesuatu dalam dialog antara watak yang membuatkan kita rasa kita kena baca semua sekali tak boleh langsung skip. Kadang-kadang akak rasa nak skip je, tapi apa jadi kalau akak terlepas sesuatu yang penting. Nak tak nak, kenalah baca jugak semua line yang ada, penat akak haha

Lenggok bahasa yang digunakan senang sangat nak dibaca, kalau untuk budak-budak yang baru nak start baca buku BI boleh baca buku ni takda masalah. Tak banyak sangat perkataan yang susah sangat sampai turned off orang tu nak baca. Akak pun boleh baca tanpa banyak sangat refer kamus, akak ni dulu baca dengan kamus kat sebelah ok. Jangan ingat vocabulary tu kita kena hafal waktu sekolah je, time membaca usia dewasa ni pun boleh dapat banyak sangat vocabulary baru.

Novel ni sangatlah best sampai akhir sekali, akak rasa macam OMG.

Terlalu sangat transition dia, the murder, sampai akak kena patah balik dan baca chapter tu sekali lagi untuk faham sebab terlalu cepat plot berubah. Unexpected gitu.

Anyway, kalau ada sesiapa yang malas nak baca buku dia, dah ada adaptation dah pun.

Sekarang tengah tunjuk kt HBO, Big Little Lies, lakonan Renee Zelwegger, Nicole Kidman dengan Shailene Woodley.

large_big-little-lies-poster-key-art

0

Crazy Rich Asians

Harini aku nak bercerita or orang putih sebut review pasal Crazy Rich Asians, sebuah novel yang ditulis oleh Kevin Kwan. Aku baru just habiskan novel ni minggu lepas dengan jayanya selepas beberapa halangan yang tidak perlu disebutkan di sini. Seperti biasa, apabila kita melakukan sesuatu dengan alasan yang tidak munasabah, baiknya untuk kita tidak bercerita pada orang lain supaya kita tak dapat malu pada kemudian hari.

Ini novelnya.

 

bbb

first time upload gile lama. Noob

Ceritanya mengisahkan tentang Nicholas Young yang aweknya nama Rachel Chu. Nak dijadikan ceritanya, Nicholas Young ni adalah tuan muda keluarga Young, satu keluarga yang sangat-sangat kaya based in Singapore di mana keluarganya memang ada warisan yang turun temurun. Kiranya memang sangat kayalah. Tak mainlah naik Audi ke, Benz ke, ini dah memang main naik helikopter dan private jet je dalam cerita ni.

Rachel Chu pula ialah ABC (American-born Chinese – aku pun baru tahu ada istilah ni bila baca buku ni) yang jadi girlfriend Nicholas ni since four years before the setting started. Ceritanya bermula apabila ada kawan keluarga Nicholas ni, yang namanya Colin (yang juga anak orang kaya gila babs) nak kahwin dengan seorang supermodel aka selebriti antarabangsa.

Rachel dan Nicholas ni tinggal di USA, Rachel seorang profesor ekonomi dan Nicholas ni pun seorang profesor (aku tak sure dia profesor ape, tak ingat). Dia tak pernah beritahu Rachel yang dia ni waris kepada kekayaan yang tidak akan habis sebanyak tujuh keturunan, dan untuk kenduri kahwin kawan dia, Nicholas ajak dia balik ke Singapura untuk bertemu dengan keluarganya. Rachel bersetuju sebab itulah kali pertama Nicholas ajak dia bertemu dengan keluarga dia sedangkan Nicholas tu dah berapa kali jumpa dengan ibunya sendiri, Kerry.

Bila Rachel ni balik ke Singapura, barulah Rachel ni tahu siapa sebenarnya Nicholas ni. Dia macam sudah ternampak sisi lain pada Nicholas yang dia tidak pernah tahu. Dia memang tak pernah tahu yang Nicholas ni anak orang kaya, sebab dia dikatakan sangat humble dan diorang berdua memang lovey-dovey habis.

Novel ini pada aku lebih memaparkan betapa mewahnya kehidupan orang-orang Asia yang sangat kaya ni. Crazy Rich Asians, sesuai sangat dengan tajuknya. Nicholas tu kiranya yang paling humble la tu sebab dia antara yang terkaya dalam warisan keluarga yang ada banyak lapis tu. Cerita dia lebih kurang 70 peratus cerita pasal kekayaan diorang, baju apa yang diorang pakai, jet peribadi, makanan, high tea macam mana, cerita pasal rumah agam diorang. Kadang-kadang aku skip sangat kalau dah sampai dua tiga page cerita pasal lavish lifestyle, dan bila dah back to plot baru aku fokus balik. Bukannya aku menyampah ke apa, tapi sebab jenama-jenama yang disebut tu aku tak kenal langsung dan aku taknak ambil tahu.

Kemudian, gaya bahasa. Mungkin aku familiar dengan beberapa ayat, sebab ada perkataan Melayu, Chinese, dan kadang-kadang ada jugak French or bahasa lain yang aku terlupa. Mostly ayat lain adalah dari Chinese dan Malays, sebab cerita ni banyak pasal dia dari Singapura, yang semestinya bercampur kaum dan bangsa.

Plot dia pun lebih kurang unexpected jugak bila sampai tengah tu. Aku ni macam ex penulis la sebab dah lama sangat aku tak menulis, so aku ada expectations for the unexpected, kadang-kadang orang rasa tak sangka plot twist dia macam tu tapi bagi aku ohhh ok plot twist dia macam ni, takdalah twist sangat sebab aku dah expect the unexpected tu….haa gitu.

Apa-apapun cerita ni bagi aku ok je bagi sesiapa yang teringin nak jadi macam diorang. Boleh survey siap-siap barangan berjenama, kann…tetapi bagi aku, ok je kalau nak tambahkan pengalaman dengan orang-orang ada-ada ni. hiii