0

Title : When Breath Becomes Air

Another book finished this week.

Another chapter for me, as a doctor and a human being and a mother.

Kematian itu pasti, tetapi sebagai seorang doktor akak mesti berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit akak.

Image result for when breath becomes air

Buku ni adalah buku bukan cereka (read : non fiction) yang jarang-jarang sangat akak baca. Cerita non fiction ni memang jarang sangat dalam senarai bacaan akak, kecuali yang berkaitan dengan perubatan macam keluaran Malaysia siri Diagnosis – mungkin lepas ni akak boleh buat review pasal siri ni, mungkin lepas ni.

Buku ni ditulis oleh seorang doktor pakar pembedahan saraf, seorang saintis, seorang pemegang sarjana sastera sebelum dia terjun dalam bidang perubatan. Dia berusia dalam 30-an sebelum dia meninggal dunia sebab kanser paru-paru. Tengok, doktor pun tidak kebal dengan penyakit jadi bukanlah jadi seorang doktor memang kena sihat sepanjang masa, kami pun ada je yang MC.

Cerita ni start dengan bila dia disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru, dan saat ni memang dia terima berita tu dengan isteri dia. Semuanya dari awal dia dengar dan dia tengok sendiri MRI dan CT scan yang sebagai salah seorang doktor, memang kena tahu macam mana nak baca.

Jadi, dia sebagai seorang doktor terpaksa menjadi seorang pesakit dalam sekelip mata. Bayangkan betapa dia cuba untuk menjadikan dia pesakit, untuk membiasakan diri dengan keadaan sakit yang bila-bila sahaja boleh datang menyerang. Sebagai seseorang yang sudah biasa dengan keadaan hospital, dia bagitahu yang hospital tu memang tidak menakutkan, tetapi perspektif untuk dia meninggalkan dunia itu yang menakutkan. Dia tahu prognosis penyakit yang dialaminya, prognosis : masa depan, dan secara langsung dan secara tidak langsung dia sendiri cuba untuk meramal berapa banyak masa lagi yang dia ada.

Dia cerita juga macam mana pada awalnya dia terlalu taksub dengan idea kehidupan dan bagaimana kita sebagai manusia mengawal kehidupan, bagaimana kematian boleh mengawal seseorang, bagaimana akal fikiran berfungsi etc. Benda-benda yang akak kalau sebaya dia memang tak pernah terfikir pun. Jadi pada awalnya dia cerita yang dia memang sangat berminat dengan sastera, siap dah ambik master lepas tu dia rasa tak puas hati sebab dia tak dapat nak kaitkan kehidupan, akal fikiran dan kematian dengan apa yang dia belajar bila dia ambik sastera. Jadi, dia pun buatlah keputusan untuk jadi doktor, dan seterusnya jadi pakar bedah saraf – which is saying something, as neurosurgeon is something.

Bagi akak sendiri, akak tabik respek dengan sesiapa yang sangat berminat dengan bidang neurologi ni. Neurologi ni adalah ilmu perubatan mengenai sistem saraf, dan sangat rumit (bagi akakla), lagi-lagi neurosurgeon (pakar bedah saraf) yang bukak kepala orang nak bedah otak semua. Tapi dulu pensyarah akak bagitahu kalau dapat the gist of it, memang sangat senang neuro ni sebab semuanya dah memang straightforward tak macam bahagian badan manusia yang lain.

Tapi still akak tak berani, yo.

Gaya bahasa : sangat-sangat artistik, sangat kompleks. Bagi akak yang biasa dengan gaya bahasa yang lebih mudah setiap perkataan tu terlalu grande bagi akak dan banyak kali jugak akak rasa macam nak putus asa je. Tetapi disebabkan cerita dan konsep yang diketengahkan oleh Paul Kalinithi ni, jadi terpaksala teruskan je. Lagipun novel dia nipis sangat, dan bagi sesiapa yang rasa malas nak membaca pun rasanya boleh habiskan buku ni. Dia banyak pakai perkataan-perkataan grande ni sebab dia belajar sastera dan sudah terbiasa dengan buku-buku sasterawan-sasterawan gemilang zaman dulu yang buku-buku depa tebal sejengkal tu. Jadi takda masalah dengan tu.

Sepanjang baca buku ni, akak ada terfikir jugak yang dia ni hisap rokok ke yang dia kena kanser paru-paru? Tapi dia tak bagitau pun. Dia cerita struggle dia untuk tinggalkan Lucy, bini dia dan lepas tu ambik keputusan untuk tinggalkan waris, seorang anak perempuan nama Cady – ada nama panjang dia tapi ingat itu je.

Berbaloi baca buku ni kalau korang nak tahu apa yang dirasai oleh seseorang yang ada terminal illness dan tahu yang dia akan hidup tak lama dah. Bagi akak sendiri dengan gaya bahasa yang rumit macam tu ada sikit la kebosanan dalam bacanya tapi akak appreciate apa yang dia cuba sampaikan. Bukan yang mati itu tidak hidup di dalam diri orang yang dia tinggalkan tetapi takut yang hidup itu sebenarnya dah lama mati dalam hidup orang yang mengenalinya.

Amboi.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/7c/fd/0c/7cfd0cf2908d190e85aa87556815d84e.gif

Advertisements
0

Big Little Lies

Hari kelima cuti, puas hati. Ambik cuti semata-mata nak berehat, memang betullah nama cuti rehat tu.

So, hari ni akak nak review satu novel namanya Big Little Lies, by Liane Moriarty.

19486412

Cerita ni ditulis oleh Liane Moriarty, sebelum ni ada banyak buku famous macam ‘The Husband’s Secret’. Mulanya akak tak berapa yakin sangat dengan buku ni sebab akak dah baca The Husband’s Secret, dan actually THS tu buat akak punya expectations rendah sikit. Bukan nak kata buku THS tu tak best ke apa, cuma sangkaan akak meleset lepas akak baca buku tu.

Anyway, Big Little Lies memang buku yang mantap.

Pertama, akak nak bagi warning dulu sesiapa yang nak baca buku ni, sebab awal-awalnya macam lambat sangat nak habis buku ni rasa macam dragged on sangat. Tapi, bila dah start sampai part yang best tu, haa amek kau. Akak biasanya baca buku sebelum tidur, or time kerja, or time dalam kereta dengan encik abang. Biasanya bila akak dah ngantuk sangat tu, mulalah nak letak buku kat tepi malas nak baca. Tapi dengan buku ni akak rasa macam nak habiskan baca terus, dan dalam masa yang sama akak taknak habiskan. Faham tak, dilema di situ. Rasa macam ‘aduuuhhh lepas habis baca buku ni apa lagi aku nak buat?’. Haa sampai macam tu sekali perasaan akak pada buku ni, sekaligus tanggapan awal akak pada Liane Moriarty ni.

Okay, apa yang menariknya cerita ni?

Plot : Macam apa yang akak cerita, awalnya memang sangat lambat – bagi akak lah. Akak suka cerita yang fast paced sampai rasa macam nak melompat-lompat. Cerita ni mengisahkan tentang tiga orang ibu budak tadika yang menjadi sahabat masing-masing. Ada tiga watak utama, Jane Chapman, Celeste Wright, dan Madeline Mackenzie. Jalan cerita akan dibahagi-bahagi antara tiga orang wanita ni, dengan anak mereka jadi pelajar tadika yang sama. Start cerita tu dengan pengenalan kepada ketiga-tiga wanita ni, Madeline Mackenzie seorang wanita yang ada anak tiga orang, dan yang bongsulah yang duduk kat tadika tu. Madeline ni seorang yang hardcore sikit, pendirian tegas, garang tetapi baik hati. Dia sentiasa tegakkan kebenaran yang dia tahu dengan caranya sendiri. Anak dia yang duduk kat tadika tu namanya Chloe.

Jane Chapman ni pulak sorang ibu tunggal. Anak dia namanya Ziggy – apparently itu nama sebenar budak tu, tak pernah pulak dinyatakan kalau itu nama timangan atau tidak, tapi dalam cerita tu memang Jane kata itu nama dia. Ziggy hasil anak luar nikah, dan dia ada sebab tersendiri untuk kenapa dia tidak pernah dedahkan siapa bapa sebenar Ziggy, haa jengjeng itulah plot yang buat akak berdebar-debar baca buku ni huhu

Celeste Wright pulak bini orang kaya. Dulu dia keja lawyer, lepas tu dia berhenti sebab nak jaga anak kembar dia. Dua-dua dalam tadika. Celeste ni diceritakan sebagai sangat cantik, tak pakai mekap pun cantik, apa pun dia buat cantik, dahla kaya, cantik, sopan santun pulak tu haa memang calon menantu laa.

Tiga orang wanita ni bertemu dan jadi geng, lepas tu cerita ni start dengan salah seorang budak tadika namanya Amabela, tuduh Ziggy cekik dia. Mak Amabela tu nama dia Renata, jadi dia marahla dekat Ziggy ni kenapa Ziggy ni cekik anak dia? Ziggy cakap bukan dia, tapi Amabela tunjuk yang Ziggy cekik dia. So, kita sebagai pembaca ni mulalah rasa alamak, apa ni awal dah start dengan isu budak-budak. Biasalah tu budak-budak bergaduh kan tapi kenapa buat isu besar sangat ni.

Thus, the big little lies.

Situ pun dia dah bagi hint – alamak, i kasik spoiler kah?

Anyway, selain daripada budak-budak ni gaduh, cerita ni start dengan murder.

Yes, you heard it right, ada murder. First chapter hang selak, dah inspektor tu kata ‘this is murder.’ Time tu hang kena bacala sampai habis nak tau murder apa, siapa yang bunuh, siapa yang dibunuh, apa significance murder ni dengan pergaduhan kecil budak-budak?

Akak ingat macam biasa je cerita ni macam The Husband’s Secret, tapi akak silap yo.

Watak : Perkembangan watak dalam cerita ni best. Bagi akak, boleh faham berbanding bila akak baca The Husband’s Secret dulu. Cerita ni buat hangpa rasa hangpa adalah ahli komuniti ni, yang dok bergosip tentang kawan-kawan hangpa, yang suka sangat dok jaga tepi kain orang.

Madeline ni macam makcik kepoh kat kampung hangpa la…dia marahlah kat Renata ni pasal dok perbesaq isu kecik – macam Ziggy cekik Amabela, tapi Renata still dok pertahan diri sebab dia nak mintak Ziggy ni mintak maaf je, tapi Ziggy takmau sebab bukan dia yang buat. Betul jugak la si Ziggy tu, kalau dia tak salah, kenapa dia nak kena mintak maaf. Nak memburukkan keadaan, Jane pun defend anak dia, kata kalau Ziggy kata dia tak cekik, dia tak cekikla kau dah apahal nak ugut anak aku? Jane ni just nak defend anak dialah, maka jadilah perang dunia ketiga yang dicetuskan oleh Madeline. Madeline ni dia sangat berpengaruh jadi dia pengaruhlah sesiapa yang berkenaan untuk duduk kat side dia. Jadi, dalam cerita ni ada dua side, Renata dengan Madeline. Hangpa boleh pilih nak duduk kat side siapa tapi disebabkan akak ni pembaca dan hanya disajikan dengan point of view Madeline, Jane atau Celeste, jadi akak pun kena duduk di side Madeline. Madeline ni digambarkan sebagai seorang yang sangat ceria, sangat peramah dan kenal semua orang dalam kampung sampai dia boleh buat seseorang itu ikut cakap dia, hanya sebab dia ada bakat untuk bagi orang ikut cakap dia.

Tapi dalam masa yang sama, hangpa dapat tengok yang Madeline ni akan jadi obsesif dengan sesuatu benda kalau dia dah terlibat. Dia ada tiga orang anak, kahwin dua kali dan dengan perkahwinan pertama dia dengan Nathan, dia ada anak nama Abigail. Bekas suami dia tinggalkan dia dengan anak dia time dia baru lepas pantang gitu, dan tiba-tiba je bekas suami dia balik duduk di pekan yang sama, dan dah berkahwin lain. Hangpa dapat rasalah betapa Madeline ni ada perasaan dendam yang masih lagi bersisa tu dan ikut hangpa punya judgment macam mana sebenarnya Madeline ni.

Jane pulak disajikan sebagai seorang yang introvert, dia lebih banyak mendiamkan diri, banyak berfikir, banyak termenung, termanggu-manggu bila orang tanya soalan. Jane ni perahsia sikit, tak banyak cerita tentang diri sendiri, kebanyakan masa yang kita tau pasal Jane ni pun bila Madeline tanya dia sesuatu dan dia akan jawab. Jane ni sangat protective dengan Ziggy- mungkin sebab dia ibu tunggal dan dia hanya ada Ziggy je dalam hidup dia. Nasib baiklah parents dia sangat baik, sangat memahami keadaan dia.

Celeste, watak ketiga yang diperkenalkan dalam cerita ni digambarkan sebagai seseorang yang sangat cantik. Macam dewilah, dia ni suri rumah sepenuh masa dengan dua orang anak lelaki kembar. Kehidupan dia digambarkan sempurna, dengan cantiknya, dengan kayanya, suami dia kaya tapi selalu keluar outstation. Dia biasa dok derma berpuluh-puluh ribu macam beli air kopi je, sebab suami dia kaya sangat. Dia ni memang dah geng dengan Madeline, dan bila Jane berkawan dengan Madeline, dia pun join sekali. Baik dia dengan Jane ni, bukak cerita semua. Celeste ni lebih reserved daripada Jane sebenarnya (pada pendapat akak la) bila kita terus baca novel ni. Celeste ni ada sebab dia jadi pendiam, dia nampak macam perempuan lemah je sedangkan background dia ialah bekas peguam kot.

Gaya Bahasa : Bagi akak, gaya bahasa Liane Moriarty ni sangat menghiburkan, waktu awal-awal akak baca novel dia (TSH) kita rasa teringin sangat nak tau apa jadi akhirnya, ayat-ayat dia benda biasa yang kita selalu jumpa tetapi ada sesuatu dalam dialog antara watak yang membuatkan kita rasa kita kena baca semua sekali tak boleh langsung skip. Kadang-kadang akak rasa nak skip je, tapi apa jadi kalau akak terlepas sesuatu yang penting. Nak tak nak, kenalah baca jugak semua line yang ada, penat akak haha

Lenggok bahasa yang digunakan senang sangat nak dibaca, kalau untuk budak-budak yang baru nak start baca buku BI boleh baca buku ni takda masalah. Tak banyak sangat perkataan yang susah sangat sampai turned off orang tu nak baca. Akak pun boleh baca tanpa banyak sangat refer kamus, akak ni dulu baca dengan kamus kat sebelah ok. Jangan ingat vocabulary tu kita kena hafal waktu sekolah je, time membaca usia dewasa ni pun boleh dapat banyak sangat vocabulary baru.

Novel ni sangatlah best sampai akhir sekali, akak rasa macam OMG.

Terlalu sangat transition dia, the murder, sampai akak kena patah balik dan baca chapter tu sekali lagi untuk faham sebab terlalu cepat plot berubah. Unexpected gitu.

Anyway, kalau ada sesiapa yang malas nak baca buku dia, dah ada adaptation dah pun.

Sekarang tengah tunjuk kt HBO, Big Little Lies, lakonan Renee Zelwegger, Nicole Kidman dengan Shailene Woodley.

large_big-little-lies-poster-key-art

0

Just Do It! (belasah je)

nike_justdoit_00

Kau belasah je, itu maknanya.

Kali ni aku nak cerita pasal diri aku.

Tak banyak benda pun nak diketahui pasal diri aku selain daripada yang aku ni dulunya bercita-cita nak jadi seorang penulis. Dulu masa aku student aku rajin sangat menulis. Aku start zaman sekolah menengah, waktu aku 13 tahun, aku start menulis dengan tangan kat dalam buku tulis. Kebanyakan masa, aku tulis cerpen dan rasanya kalau aku baca balik cerita-cerita tu memang sangat tak matanglah. Cita-cita aku waktu tu aku nak jadi penulis. Kawan-kawan aku semua sokong cita-cita aku, diorang baca novel yang aku tulis, dan rasa macam seronok weh bila ada orang yang memberikan semangat. Aku kuat sangat menulis, sampai kadang-kadang waktu prep pun aku menulis cerita dan bukannya belajar. Haha, talk about distraction that time. Aku stop menulis dalam kelas bila aku dah naik form 3, sebab waktu tu aku nak ambik PMR, which Alhamdulillah berkat pada doa ibu bapa sahabat handai dan taulan aku berjaya dapat straight A.

Jadi aku berhijrah ke sekolah yang lain, dan menulis juga, tapi aku dah tak beri sangat tumpuan pada penulisan aku. Waktu tu dalam setahun rasanya satu je cerita yang aku dapat siapkan sebab aku sangat malas. Keyword : MALAS.

Penyakit orang Melayu ni, malas. Aku pun terkena penyakit ni. Tetapi, disebabkan aku malas nak menulis di dalam atau di luar kelas, aku dapati keputusan peperiksaan aku memang memberansangkan. Aku lebih fokus pada pelajaran, dan aku dianggap sebagai harapan jugaklah oleh segelintir guru aku. Tetapi, rasanya diorang tak pernah tahu pun yang aku ni bercita-cita menjadi seorang penulis. Punyalah sampai macam tu sekali aku jadi malas nak menulis. Semuanya sebab aku tak banyak bercerita, aku pun tak tahu kalau-kalau ada kawan sekolah menengah atas aku tahu yang aku ni suka menulis.

Lepas habis SPM, aku yang menganggur cariklah masa untuk menulis. Aku pinjam laptop ayah aku dan aku start menaip. Aku ingat cerita yang aku habiskan adalah tentang kahwin paksa, disebabkan gadis tu kena rape waktu kem dia, dan kena kahwin dengan cikgu di kem tu walaupun yang rape tu orang lain – hmmm sounds very familiar.

Waktu ni, aku rasa aku pun terikut dengan trend kahwin paksa yang sekarang on the rage dalam industri novel Melayu. Asal aku baca sinopsis kat belakang novel ni, almost 80% bermain dengan tema dan idea yang sama dan bagi aku yang boleh kata ‘seasoned‘ ni, dah dapat agak plot twist nya macam mana, watak itu akhirnya akan berakhir dengan apa. Semua tu membuatkan aku jadi malas nak membaca lagi.

Quote : MALAS lagi.

Aku rasa kalau orang omputih, diorang akan pakai perkataan lain macam discouraged, atau tired.

discouraged

Nah, kau. Kucing ni pun tau buat muka malas.

Yelah, idea yang sama, tema yang sama, cuma gaya bahasa jela yang lain. Lagipun, kebanyakan penulis novel sekarang penulisannya tak berapa matang (this is solely my opinion), tatabahasa caca merba, dan bagi aku editor patut bertanggungjawab untuk sunting kesalahan yang di0rang baca. Aku kalau boleh takmau baca novel yang tatabahasanya, ejaannya ke laut dan tiada langsung kemaafan bagi watak yang over manja. Perempuan yang bajet independent, tapi bila jumpa lelaki jadi lembik lutut tak boleh nak hidup. Stress aku rasa. Even dalam cerita Twilight perangai Bella macam tu selalu kena kecam sebab lembik sangat tapi dalam novel Melayu dok macam tu je. Lagi seronok pembaca ni baca pun ada.

Ok, memang baguslah disebabkan penulis-penulis ni remaja dan muda belia, jadi memang patutlah untuk menyapa pembaca-pembaca yang sebaya diorang. Tapi, pleaselah, sebagai editor atau pembaca, mesti kena sunting dengan elok supaya sedap sikit rasa membacanya. Takdalah rasa macam nak baling ke dinding.

Selain daripada menulis, kegemaran aku adalah membaca.

Kebanyakan masa, aku baca novel Inggeris, sebab sekarang ni susah nak carik novel Melayu yang berkualiti. Waktu zaman sekolah aku dulu, aku baca novel Damya Hanna, Fauziah Ashaari, Anis Sofea, dan yang tak dilupakan Ramlee Awang Murshid. Aku rasa hampir semua novel Ramlee Awang Murshid aku baca kot sebab lain daripada yang lain.

Aku baca novel Inggeris ni sebab aku nak mantapkan BI aku yang lepas aku bekerja ni jadi macam teruk sangat. Kau bayangkan kau dah belajar hampir separuh hidup kau belajar bahasa Inggeris tetiba bila dapat pesakit yang memang kena cakap English dengan dia, ayat kau terus berterabur macam baru setahun belajar. Malu aku dengan diri sendiri. Jadi, bila aku baca buku BI ni dapatlah sedikit sebanyak membetulkan tatabahasa.

Novel BI walaupun banyak cacat celanya daripada amalan diorang, tapi aku berasa gembira sebab at least tak banyak kesalahan tatabahasa (atau maybe aku pun tak tahu). Bukan nak kata editor kita ni tak main banyak peranan, mungkin sebab banyak penulis tetapi editor sedikit membuatkan mutu itu terpaksa dikurangkan sedikit. Mungkin dia mempercayai penulis itu sendiri bertanggungjawab dengan penulisannya yang ada kesalahan tatabahasa atau ejaan tetapi penulis itu sendiri kena peka.

Banyak daripada apa yang aku bebelkan hari ni berdasarkan pengalaman aku. Aku banyak salah juga, aku pemalas jugak sebab tu aku tak pernah terbitkan buku aku walaupun ada beberapa novel siap tetapi sebab aku ni jenis malas nak edit balik nak tengok balik apa yang aku tulis. Last novel yang aku siapkan pun 2011, lima tahun lepas jadi you guys can do the math.

Anyway, post kali ni bukanlah nak mengecam sesiapa walaupun aku pun akan dikecam sebab penyakit Melayu ni memang aku ada. Aku hanya nak sampaikan pendapat, dalam blog aku sendiri, dalam cara penulisan aku sendiri, dalam gaya bahasa aku sendiri dengan apa yang aku fikir dengan otak aku sendiri. Sebab bagi aku, kalau tak setuju takda masalah. Kalau taknak baca takda masalah, tapi janganlah sampai memburuk-burukkan semua novel ni dalam Facebook, kesian adik-adik penulis ni kecik hati. Ada yang bagus, tak dinafikan, ada yang suam-suam kuku, ada hanya mahu melepaskan batuk di tangga. Asalkan novel yang terjual tu ada orang nak beli, maksudnya ada permintaanlah tu dan lama-lama nanti adik-adik ni akan mencuba meningkatkan tahap penulisan mereka sampailah jadi perfect. Sempurna.

landscape-1444379736-leeroy111

Zasssss

Jadi, sekarang ni aku jadi penulis separuh masa. Aku nak start tulis blog pulak, barulah ada sikit tujuan lain dalam hidup aku ni selain daripada membesarkan anak dan merawat orang je. Biarlah walaupun untuk tatapan diri sendiri saja, sebab besar nanti aku sendiri yang nak baca.

0

Starting Over

pen

Pen Pilot, dewa pen

The title is in English.

But, I’m going after this with my mother tongue, which is in Malay.

Disebabkan title untuk post ni bermaksud untuk ‘bermula semula’ dalam bahasa Melayu, jadi aku akan beritahu kenapa aku mahu bermula semula dalam blog ini. Bagi diri aku yang banyak sudah menulis beberapa blog sebelum ini – yang nampaknya memang tak jadi, dan aku jadi macam hangat-hangat tahi ayam je, jadi aku nak mulakan yang baru dengan ini. Bukan senang nak start dengan benda yang memang kau dah mulakan, tetapi aku akan cuba.

Aku mengalah dengan beberapa blog sebelum ini, sebab aku tak faham. Aku suka menulis, aku merasakan menulis itu adalah sesuatu yang perlu bagi diri aku, sebagai suatu terapi. Aku jarang sekali menulis novel dalam beberapa tahun belakangan ini, tambahan pulak dah keja kannn jadi aku lagi banyak tumpukan perhatian pada kerja aku la. Bagi sesiapa yang rajin nak baca blogpost aku sebelum ni, dapat tau yang aku ni kerja doktor cabuk je.

Sekarang ni aku kerja di jabatan kecemasan, maksudnya aku dah masuk hospital balik sebab aku telah membuat keputusan untuk berpindah. Aku ingat bila aku bertukar negeri, aku mungkin akan dapat kerja di Klinik Kesihatan juga, tetapi salah. Aku ditempatkan di hospital – itu nanti aku cerita lain.

Aku nak bermula semula sebab sekarang aku tengah start pakai Bullet Journal.

Aku baru start berjinak-jinak dengan Pinterest dan aku bertemu dengan Bullet Journal ni. Memang nampak macam senang, tapi aku kena pastikan yang aku konsisten. Macam mana aku nak bagi diri aku ni konsisten, dengan mencatat sesuatu di alam maya, di mana aku tidak menulis tangan.

fc0cb60ff4ed80e2ff20a3ee71a88880

Not my BuJo. Obviously. Mine are half less beautiful. Courtesy of Google Image.

Aku ada sebuah diari. Diari tu aku guna untuk luahkan perasaan aku (duhh), mengutuk sana sini, mencar*t, dan most of the time just negative and positive thoughts yang aku tak boleh nak cerita kat orang.

Manakala tujuan blog ini dilahirkan semula adalah untuk memberikan ruang untuk aku bercerita. Aku ada Facebook, ada Twitter, ada Instagram, tetapi aku tak suka menulis panjang dalam tu sebab bagi aku Facebook itu perlu ringkas, hanya gambar dan beberapa caption. Sekarang ini, trending untuk menasihatkan orang dalam FB, dengan tulis post yang sangat panjang dan bagi saya bukan itu gunanya FB.

Jadi, blog ini merupakan alternatif aku untuk meluahkan perasaan dan mengupload gambar-gambar yang diperlukan.

Ada banyak kawan-kawan FB aku upload gambar rumah, gambar anak mereka, gambar family dan dengan caption, bersyukurnya akuu bla bla bla. you know the drill. Tapi, aku taknak macam tu. Memang aku nak show off anak aku, memang aku nak cerita pasal rumah baru aku, tapi aku nak letakkannya di satu tempat yang jika ada orang berminat, ya, boleh datang sini!

Kecamlah saya saya tak kisah.

Aku pun ada PHD. Perangai Hasad Dengki, tetapi aku tak mau itu membantutkan semangat aku untuk membina blog ni.

0

Feasting on Money

50652_fullimage_istock_000067974129_xxxlarge

Courtesy of Google Image

Since I started working and having money on my own, I started to develop a new hobby.

Shopping.

Shh…

It’s every girl’s sin.

I couldn’t help myself when I spend, or when I overspent. When I was young, I was very careful with my money. There was one time during my years in secondary school, I listened to my Walkman using minimal volume due to I didn’t want to spend more money on batteries.

It was basically what I learnt from my mother. I cut expenses for myself, and I saved a lot of money since I started to live in hostel. My parents were teachers, so there weren’t as much money when I was growing up. I had four other siblings and I was the second oldest. I had to give it up more to my brothers and sister.

Not that I mind.

When I started working, I spent my money initially on my parent’s bill. I stayed with my parents throughout my internship ( the key of achieving it all). My late father gave me his car as my first car, and I was so grateful that I didn’t have any debt to pay.

I spent my money for my siblings, I brought them to places where we couldn’t afford as a kid. We ate at more pricey restaurants and my sister and brothers didn’t bother to check on the price tag of the food whenever they ordered them. I was happy when I spent my money on them.

I spent money on my parents. I paid for groceries, and bills.

Currently I’m obsessed with spending money on me. ME. It felt awkward because I never felt like this before.

The one who felt this weird too is my husband. He knew I spent so little money on myself that whenever we were out in the mall, I barely bought anything. We always went out every weekend to our favourite mall, and we just spend our time there eating at our favourite place. And then we would had our session of window shopping.

I didn’t spend my money on expensive things, just trivial things which didn’t cost much. I like to buy just to ease my cravings. But sometimes, this small cravings can lead to enormous ones.