Etika Tandas Awam

Ok, disebabkan akak ni dah nak masuk 3 series, sebagai apa yang akak belajar sepanjang hidup akak ni adalah cara-cara nak masuk/guna tandas awam.

Ni kira macam akak wat Pesanan Khidmat Masyarakat, cuma yang lainnya akak ni tak famous laa haha tapi still akak rasa perlu untuk buat.

Tak semua pesanan ni korang semua kena buat, sebab macam orang-orang tua kata, nak ikut sudah taknak ikut suka hati hampalah

1. Locate tandas yang terdekat

Senang je ni, semua orang boleh buat. Cari tandas yang terdekat. Pasaipa? Takdalah hampa nanti tergedik-gedik bila hampa nak bayaq kat depan kaunter tu. Kalau tandas kat Mall tu takpala hampa tak payah bayar, tapi takut ramai orang saja. Bila ramai-ramai orang ni mulala nak stress lepas tu worst case scenario – kalau bawak budak-budak dah terkencing/or worst terberak dalam seluar.

Image result for toilet location mall

Comel wo, orang kata ni kat Siam

2. Beratur

Kalau tandas penuh, dan ada satu je tandas yang available, jangan gatai nak potong barisan. Terimalah hakikat kena beratur, ok? Semua orang ada hajat untuk dilepaskan dan mereka datang lebih awal daripada korang, jadi bertimbang rasalah. Bukan korang je yang ada pundi kencing dan rektum ye. Nanti tercetus pulak perang dunia ketiga, keempat dan etc.

Image result for lining up

3. Jangan Membazir

Banyak benda yang kita suka bazirkan dalam dunia ni, termasuklah air dan tisu yang selalunya orang pakai kat tandas awam. Ramai orang yang suka sangat tarik tisu bergelung-gelung sebelum nak masuk dalam tandas, bajet nak cuci mangkuk jamban ke apentah sedangkan nanti yang dipakainya sikit je. Tak ke pembaziran tu? Pembaziran kan amalan syaitan, pandai hampa dok sembang takmau kawan dengan setan tapi dok buat perangai depa jugak. Pffttt

Pakai air tu berpada-padalah…nanti ada orang komen, ‘ala kita dah bayar 20 sen, biarlah nak pakai berapa pun.’

Ok, kalau hajat lebih besar, takda masalah nak pakai air lebih banyak tapi kalau hajat kecil tiada masalah kot nak pakai air sikit je. Asalkan bersih, dan sah untuk solat selepas ni.

Kalau dah cuci tangan sebelum keluar, jeling belakang tengok paip kat sinki tu dah tutup ke belum. Senang je kan?

Image result for toilet paper

4. Sangkut balik paip air

Orang Malaysia ni dia suka betul air. Nak basuh hajat besar ke kecik ke, semua pakai air. Geli gitu nak pakai benda kesat nak beristinjak. Sebab tu lah kebanyakan tandas awam di Malaysia ni memang pakai paip air, kalau tak banyakla complaint di pejabat pengurusan. Cuma baru-baru ni je mall yang besar-besar diorang pakai paip yang memang sedia ada di dalam mangkuk jamban tu pandai hampalah nak pakai. Takkan nak basuh pun nak kena ajar kan.

Image result for roll eyes gif

Bila banyak pakai air, mestilah ada paip air.

Jangan lupa sangkutkan balik. Kalau rasa kotor, macam mana hampa pakai sebelum tu? Mesti pegang jugak kan? Alang-alang sangkutlah balik. Senang makcik cleaner tengok pun senang hati dia. Ini tidak, asyik-asyik nak kena tolong angkatkan. Dah bubuh papan tanda ‘Tolong Sangkut Paip Air Kembali’ pun korang buat tak reti je.

Image result for ignorant

contoh. tak kata kat hampa.

5. Jangan lupa tarik pam tandas

Yang ni senang jugak. Malah banyak jugak lekat kat dalam kubikel tandas tu pasal ni.

‘Jangan lupa pam tandas. ‘

‘Please flush toilet’.

Image result for please flush toilet

Tolonglah ikut nasihat dia. Hampa nak bajet bajet bersih ke takmau pegang handle pam tu? Tolong sikit, jangan jadi tak bertamadun sangat ye. Nak tinggal hajat kecil hajat besar lepas tu takmau pam. Ingat membuang atas pasir ke. Kucing pun pandai kais pasir nak tutup trail dia. Takkanlah kita manusia tak cerdik macam tu kottt

 

6. Cuci tangan

Lepas dah hajat, pergi ke sinki cucilah tangan. Takmau cuci tangan pun takpa, takda masalah tapi kurang bersih la. Kat dalam tandas tu macam-macam kuman ada, takkanla korang nak bawak keluar. Nanti nak makan macam mana? Tu yang banyak cirit muntah tu lepas tu datang kecemasan mintak tambah ayaq sedangkan hampa la yang masuk toilet tak cuci tangan terus makan.

Cheridak!

Image result for disgusted face

Mr Bean pun terkejut kau makan tak basuh tangan

Kalau cuci tangan macam biasa takpa, tapi bagi kami yang dalam medical line biasanya dah terbiasa dengan tujuh langkah cuci tangan tu. Tak salah pun kalau nak belajar. Tujuh langkah tu memang bagus la kalau pandai.

Image result for 7 langkah cuci tangan

7. Basuh sinki

Yang ni memang spesifik untuk mak-mak yang bawak anak (read:budak kecik). Selalu memang mak yang nak tukar pampers kat dalam tandas awam ni. Tak salah, tetapi kena dengan cara yang betul. Selalunya memang akan cuci bontot anak kat sinki atau bilik air, tetapi mana-mana pun pastikan tempat yang digunakan tu bebas daripada najis mutawassitah anak ye. Kalau ada sedikit calitan tu, tolong cuci balik, bersihkan dengan air mutlak yang telah disediakan. Katakanlah memang takda langsung air, pakailah tisu basah anak. Tipulah kalau kata takda tisu basah, macam teruk sangat dah tu. Mana ada mak-mak sekarang berjalan tak bawak tisu basah, tak lengkap sangat. Nampak sangat menipunya haha.

Dah selepas pakaikan balik pampers dan seluar budak tu, rajin-rajinkanlah tengok sekitar sinki dan kubikel tandas yang telah digunakan untuk tengok apa-apa yang terlepas. Kalau betul dah memang nak cepat ke, atau anak-anak tu dah merap dukunglah anak sebelah, dan sebelah lagi pakai paip air dan semburlah. Senang sangat. Kalau kat sinki pakai tangan, jirus sikit dan pastikan licin dan bersih sama seperti awal masuk tadi. Jangan tinggalkan sisa, nanti geli geleman orang yang datang kemudiannya.

Lepas bersihkan, jangan lupa cuci tangan.

8. Buang sampah

Buang sampah di tempat sepatutnya. Sebagai contoh, tisu, lampin pakai buang, bekas mekap etc ke dalam tempat yang sepatutnya. Ada jugak orang yang pam tisu ke dalam lubang tandas, tak boleh ye kawan-kawan. Tisu ni walaupun nampak macam boleh dipam ke dalam lubang tandas, sebenarnya nanti ia akan mengundang komplikasi yang menyebabkan lubang tandas tersumbat, dan akan merosakkan tandas itu sendiri. Sudahnya, tandas itu tidak dapat digunakan atau berbau busuk. Mana ada orang nak pakai tandas yang busuk-busuk ni. Bajet pembersih tapi nak buang sampah pun tak pandai kat mana lepas tu pandai pulak nak bajet takmau pakai tandas yang busuk sebab tisu yang dipam yang menyebabkan tandas tu rosak.

Ada sebenarnya kes di US yang majlis bandaran diorang pun marah sebab orang US ni suka sangat pam tisu masuk dalam lubang jamban.

Lampin pakai buang tu buangla dalam tong sampah, jangan letak kat sebelah paip air tu. Jangan letak sebelah sinki. Jangan letak rata-ratalah pokoknya. Menyampah orang tengok. Bukan hang sorang ada anak kecik tak dan-dan nak buang sampah anak.

Pad haid tu pun, Kotex ke Stayfree ke Libresse ke, yang dicuci ke atau yang tak dicuci pun kenalah masukkan kat dalam tong sampah. Jangan flush. Buang pad dalam tandas lagi teruk dari buang tisu tadi. Kalau tak cuci, pandai-pandailah bungkus dalam kertas surat khabar ke, plastik hitam ke, buang dalam tong sampah. Kalau ada tong sampah sanitary tu lagi bagus, buang dalam tu terus. Jangan buat-buat tinggal ok.

Image result for throwing trash

9. Jangan buat macam rumah sendiri

Pesanan ni, akak taktau la relevan ke tak tapi bagi akak penting.

Jangan buat macam rumah sendiri. Semua nak di-conquernya. Beg letak sini, anak lari-lari dalam tandas, kencing rata-rata. Akak tak kisah kalau korang nak buat kat rumah perangai ni, tapi ingatlah anda berada di dalam tandas awam. Anda bertanggungjawab pada apa yang anda buat di luar rumah anda. Bukak sinki tu pada-padalah, jangan kuat sangat air tu sampai merecik kena orang sebelah. Mekap tu boleh, tapi kalau rasa macam lama sangat dan orang dah mula pandang-pandang sebab dia pun nak pakai cermin faham-faham sendirilah yang oiii

Kalau korang ni jenis mesra rakyat ke, nak tegur orang sebelah tengah buat mekap ke apa, boleh takda masalah. Tapi pada-padalah…kadang-kadang bila orang tu dah buat muka tak selesa yang korang dok menepek sebelah dia tu lagi pasaipa, just walk away. Jangan dok buat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong  kat sebelah dia. Nanti orang mengata, marah semua hampa buat sentap pulak haaa

Setakat ni jela no akak nak bebel hari ni. Semua ni adalah common sense sahaja, cuma kadang-kadang kita kena diperingat baru lah ada rasa nak buat tu. Mungkin kita buat kesilapan sebelum ni, ada je adab-adab masuk toilet tu yang akak kadang-kadang terlepas buat tapi itu tak bermakna akak tak boleh perbetul diri. Kehidupan ni bukan kita sorang ja nak ada, kalau boleh kita mau setiap gerak geri kita tu ada pahala yang kita boleh dapat percuma. Contoh, kalau korang jaga kebersihan, tolong pamkan atau tolong bersihkan sinki yang orang sebelum ni kotorkan lepas tu makcik cleaner tu nampak…kan terharu dia nanti. Ada jugak orang yang bertimbang rasa. Tak pasai-pasai makcik tu doa yang baik-baik untuk hampa. Kannn win-win situation gitu.. hampa takmau ka?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s