Just Do It! (belasah je)

nike_justdoit_00

Kau belasah je, itu maknanya.

Kali ni aku nak cerita pasal diri aku.

Tak banyak benda pun nak diketahui pasal diri aku selain daripada yang aku ni dulunya bercita-cita nak jadi seorang penulis. Dulu masa aku student aku rajin sangat menulis. Aku start zaman sekolah menengah, waktu aku 13 tahun, aku start menulis dengan tangan kat dalam buku tulis. Kebanyakan masa, aku tulis cerpen dan rasanya kalau aku baca balik cerita-cerita tu memang sangat tak matanglah. Cita-cita aku waktu tu aku nak jadi penulis. Kawan-kawan aku semua sokong cita-cita aku, diorang baca novel yang aku tulis, dan rasa macam seronok weh bila ada orang yang memberikan semangat. Aku kuat sangat menulis, sampai kadang-kadang waktu prep pun aku menulis cerita dan bukannya belajar. Haha, talk about distraction that time. Aku stop menulis dalam kelas bila aku dah naik form 3, sebab waktu tu aku nak ambik PMR, which Alhamdulillah berkat pada doa ibu bapa sahabat handai dan taulan aku berjaya dapat straight A.

Jadi aku berhijrah ke sekolah yang lain, dan menulis juga, tapi aku dah tak beri sangat tumpuan pada penulisan aku. Waktu tu dalam setahun rasanya satu je cerita yang aku dapat siapkan sebab aku sangat malas. Keyword : MALAS.

Penyakit orang Melayu ni, malas. Aku pun terkena penyakit ni. Tetapi, disebabkan aku malas nak menulis di dalam atau di luar kelas, aku dapati keputusan peperiksaan aku memang memberansangkan. Aku lebih fokus pada pelajaran, dan aku dianggap sebagai harapan jugaklah oleh segelintir guru aku. Tetapi, rasanya diorang tak pernah tahu pun yang aku ni bercita-cita menjadi seorang penulis. Punyalah sampai macam tu sekali aku jadi malas nak menulis. Semuanya sebab aku tak banyak bercerita, aku pun tak tahu kalau-kalau ada kawan sekolah menengah atas aku tahu yang aku ni suka menulis.

Lepas habis SPM, aku yang menganggur cariklah masa untuk menulis. Aku pinjam laptop ayah aku dan aku start menaip. Aku ingat cerita yang aku habiskan adalah tentang kahwin paksa, disebabkan gadis tu kena rape waktu kem dia, dan kena kahwin dengan cikgu di kem tu walaupun yang rape tu orang lain – hmmm sounds very familiar.

Waktu ni, aku rasa aku pun terikut dengan trend kahwin paksa yang sekarang on the rage dalam industri novel Melayu. Asal aku baca sinopsis kat belakang novel ni, almost 80% bermain dengan tema dan idea yang sama dan bagi aku yang boleh kata ‘seasoned‘ ni, dah dapat agak plot twist nya macam mana, watak itu akhirnya akan berakhir dengan apa. Semua tu membuatkan aku jadi malas nak membaca lagi.

Quote : MALAS lagi.

Aku rasa kalau orang omputih, diorang akan pakai perkataan lain macam discouraged, atau tired.

discouraged

Nah, kau. Kucing ni pun tau buat muka malas.

Yelah, idea yang sama, tema yang sama, cuma gaya bahasa jela yang lain. Lagipun, kebanyakan penulis novel sekarang penulisannya tak berapa matang (this is solely my opinion), tatabahasa caca merba, dan bagi aku editor patut bertanggungjawab untuk sunting kesalahan yang di0rang baca. Aku kalau boleh takmau baca novel yang tatabahasanya, ejaannya ke laut dan tiada langsung kemaafan bagi watak yang over manja. Perempuan yang bajet independent, tapi bila jumpa lelaki jadi lembik lutut tak boleh nak hidup. Stress aku rasa. Even dalam cerita Twilight perangai Bella macam tu selalu kena kecam sebab lembik sangat tapi dalam novel Melayu dok macam tu je. Lagi seronok pembaca ni baca pun ada.

Ok, memang baguslah disebabkan penulis-penulis ni remaja dan muda belia, jadi memang patutlah untuk menyapa pembaca-pembaca yang sebaya diorang. Tapi, pleaselah, sebagai editor atau pembaca, mesti kena sunting dengan elok supaya sedap sikit rasa membacanya. Takdalah rasa macam nak baling ke dinding.

Selain daripada menulis, kegemaran aku adalah membaca.

Kebanyakan masa, aku baca novel Inggeris, sebab sekarang ni susah nak carik novel Melayu yang berkualiti. Waktu zaman sekolah aku dulu, aku baca novel Damya Hanna, Fauziah Ashaari, Anis Sofea, dan yang tak dilupakan Ramlee Awang Murshid. Aku rasa hampir semua novel Ramlee Awang Murshid aku baca kot sebab lain daripada yang lain.

Aku baca novel Inggeris ni sebab aku nak mantapkan BI aku yang lepas aku bekerja ni jadi macam teruk sangat. Kau bayangkan kau dah belajar hampir separuh hidup kau belajar bahasa Inggeris tetiba bila dapat pesakit yang memang kena cakap English dengan dia, ayat kau terus berterabur macam baru setahun belajar. Malu aku dengan diri sendiri. Jadi, bila aku baca buku BI ni dapatlah sedikit sebanyak membetulkan tatabahasa.

Novel BI walaupun banyak cacat celanya daripada amalan diorang, tapi aku berasa gembira sebab at least tak banyak kesalahan tatabahasa (atau maybe aku pun tak tahu). Bukan nak kata editor kita ni tak main banyak peranan, mungkin sebab banyak penulis tetapi editor sedikit membuatkan mutu itu terpaksa dikurangkan sedikit. Mungkin dia mempercayai penulis itu sendiri bertanggungjawab dengan penulisannya yang ada kesalahan tatabahasa atau ejaan tetapi penulis itu sendiri kena peka.

Banyak daripada apa yang aku bebelkan hari ni berdasarkan pengalaman aku. Aku banyak salah juga, aku pemalas jugak sebab tu aku tak pernah terbitkan buku aku walaupun ada beberapa novel siap tetapi sebab aku ni jenis malas nak edit balik nak tengok balik apa yang aku tulis. Last novel yang aku siapkan pun 2011, lima tahun lepas jadi you guys can do the math.

Anyway, post kali ni bukanlah nak mengecam sesiapa walaupun aku pun akan dikecam sebab penyakit Melayu ni memang aku ada. Aku hanya nak sampaikan pendapat, dalam blog aku sendiri, dalam cara penulisan aku sendiri, dalam gaya bahasa aku sendiri dengan apa yang aku fikir dengan otak aku sendiri. Sebab bagi aku, kalau tak setuju takda masalah. Kalau taknak baca takda masalah, tapi janganlah sampai memburuk-burukkan semua novel ni dalam Facebook, kesian adik-adik penulis ni kecik hati. Ada yang bagus, tak dinafikan, ada yang suam-suam kuku, ada hanya mahu melepaskan batuk di tangga. Asalkan novel yang terjual tu ada orang nak beli, maksudnya ada permintaanlah tu dan lama-lama nanti adik-adik ni akan mencuba meningkatkan tahap penulisan mereka sampailah jadi perfect. Sempurna.

landscape-1444379736-leeroy111

Zasssss

Jadi, sekarang ni aku jadi penulis separuh masa. Aku nak start tulis blog pulak, barulah ada sikit tujuan lain dalam hidup aku ni selain daripada membesarkan anak dan merawat orang je. Biarlah walaupun untuk tatapan diri sendiri saja, sebab besar nanti aku sendiri yang nak baca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s